PRN Melaka: 32 Pasukan Cantas Khas pantau unsur gengsterism

0
1

KUALA LUMPUR, 30 Jun -- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abdul Jalil Hassan memberi penerangan pada sidang media selepas sesi lawatan kerja di Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

SEBANYAK 32 Pasukan Cantas Khas ditubuhkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tiada unsur gengsterism berlaku sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pasukan itu melibatkan 238 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan kontinjen negeri.

“Pasukan Cantas Khas daripada JSJ ini datang daripada Bukit Aman dan kontinjen-kontinjen negeri.

“Ia berfungsi serampang dua mata iaitu membantu pasukan (PDRM) negeri Melaka dalam menentukan perjalanan semua kaedah PRN mengikut undang-undang yang ditetapkan.

“Ingin diingatkan dan ditegaskan di sini, kami akan mencantas sehabis-habisnya jika ada pihak menggunakan elemen gengsterism di Melaka,” katanya memetik Astro Awani.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka hari ini.

Tambah Abdul Jalil, pasukan terbabit akan menjalankan rondaan setiap masa di kawasan kawasan panas seluruh negeri itu.

“Buat masa ini, tiada unsur sebegitu disampaikan melalui maklumat yang kita ada. Ingin kita tegaskan sehingga kini, tiada elemen seperti itu tapi PDRM ingin tegaskan kita tak ambil mudah dengan suasana yang baik ketika ini.

“Kita sentiasa bersiap sedia dengan pasukan ini jika terdapat elemen sebegitu ingin diketengahkan oleh pihak tertentu dalam PRN Melaka,” jelasnya lagi.

Justeru, beliau mengingatkan semua pihak termasuk parti politik yang bertanding dalam PRN kali ini agar mengikut undang-undang dan peraturan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here