Covid-19: 54 kematian direkodkan semalam

0
1
Skuad Pengurusan Jenazah covid-19 Malaysia membaca doa selepas selesai pengebumian jenazah covid-19 di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

SEBANYAK 54 kes kematian baharu akibat Covid-19 dicatatkan semalam.

Daripada angka tersebut, 12 daripadanya meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Bagaimanapun berdasarkan data dikongsi Kementerian Kesihatan (KKM) di laman web COVIDNOW, tiada kematian sebenar dilaporkan dalam tempoh 24 jam, semalam.

Sebaliknya kes yang dilaporkan adalah kes tertunggak atau back log.

Jumlah keseluruhan kematian di Malaysia setakat semalam pula adalah 29,256 manakala jumlah keseluruhan kes BID pula meningkat kepada 5,919.

Dalam pada itu, seramai 544 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 280 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here