Keputusan namakan Sulaiman calon KM janjikan kestabilan kempen BN

0
1

KEPUTUSAN Barisan Nasional (BN) menamakan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai calon Ketua Menteri, menjanjikan kestabilan dalam kempen BN untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata selain itu BN juga dapat menjamin kestabilan apabila mewajibkan semua calon menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk tidak lompat parti dan menerima tindakan undang-undang diambil jika ingkar.

“Kedua-dua ini menjanjikan kestabilan sebagai satu tema utama dalam kempen BN untuk PRN Melaka,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya.

Mengenai 28 calon bakal dikemukakan BN dalam PRN itu, Shahril berkata kesemuanya ada kekuatan dan keistimewaan tersendiri.

Katanya, beberanian kepimpinan parti untuk membariskan beberapa wakil generasi muda merupakan petanda baik pembaharuan politik terus berlangsung dalam BN.

“Dalam kalangan calon-calon muda ini ialah individu yang berkaliber dan bertenaga menawarkan imej segar dan ikrar khidmat bakti kepada rakyat.

“Bersama calon-calon yang lebih berpengalaman, mereka mewujudkan suatu barisan yang mengisi pelbagai julat umur, mewakili perspektif generasi masing-masing.

“Inilah keunikan tawaran BN kali ini, di samping selaras dengan konsep setiakawan dalam BN dan semangat Keluarga Malaysia, lapan kerusi juga dikongsi bersama parti-parti komponen,” katanya.

Beliau berkata semua calon terutamanya yang muda tetap memerlukan kerjasama, bantuan dan dukungan seluruh jentera parti.

“Saya yakin setiap daripada mereka sedia dan rendah diri memohon kerjasama tersebut, bukan untuk kepentingan diri tetapi untuk menjamin kejayaan parti.

“Dalam hari-hari mendatang, kami akan mempromosi calon-calon BN dan memperhebat gerak kerja terutamanya dengan normal baharu,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here