Aaron kecewa dia jadi alasan perceraian suami isteri

0
1

PELAKON Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa kecewa antara dirinya menjadi alasan kepada punca perceraian pasangan suami isteri di negara ini.

Dalam satu rakaman secara langsung di Facebooknya, Aaron meminta supaya pasangan bercerai rujuk balik demi masa depan anak mereka.

Satu akhbar tempatan semalam melaporkan bahawa Tupperware, PUBG dan namanya dikaitkan sebagai punca perceraian.

“Ada satu akhbar mengeluarkan kenyataan mengatakan yang punca perceraian.

“Alasannya jatuh kepada tiga perkara iaitu Tupperware, PUBG dan juga saya. Itu adalah satu benda yang saya tak ingin berlaku.

“Harap-harap pasangan itu dapatlah rujuk balik demi anak-anak. Biarlah susah dan senang bersama-sama.

“Abang nak korang berjaya. Abang tak nak korang bercerai,” katanya dalam rakaman secara langsung itu, hari ini.

Terdahulu, Aaron turut memuat naik gambar tajuk akhbar itu dan menggunakan beberapa hashtag iaitu #JanganKecamAbang, #AbgTakBersalah, #PerkaraYgAbgTidakInginBerlaku

Dalam video itu juga Aaron menjelaskan bahawa kerjasama antara suami dan isteri akan mengukuhkan keluarga.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here