Jangan terperdaya tajaan dana haji melalui telefon – TH

0
1
grafik

ORANG ramai terutama pendeposit Tabung Haji dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan sebarang bentuk tawaran dana bagi menunaikan haji.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima aduan daripada pendeposit tentang wujudnya individu tidak bertanggungjawab menawarkan dana tersebut bagi tujuan menyegerakan giliran haji.

Menurut TH, sebarang pemilihan giliran haji adalah berdasarkan sistem pendaftaran di mana yang dahulu didahulukan.

“TH tidak pernah melantik mana-mana organisasi atau orang perseorangan untuk menjadi orang tengah dalam hal-hal berkaitan tawaran mahupun pakej haji,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, TH menasihati orang ramai supaya lebih berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga apabila menerima panggilan telefon daripada pihak tidak dikenali berkaitan penawaran dana bagi urusan haji.

“Orang ramai boleh berhubung dengan TH di talian 03-62071919 untuk maklumat lanjut,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here