PRN Melaka: BN umum calon secara online Sabtu ini

0
1

BARISAN Nasional (BN) akan mengumumkan calon yang bertanding untuk parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka secara dalam talian pada jam 10 pagi, Sabtu ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pengumuman calon itu akan dibuat menerusi Facebook Umno Online.

“Pengumuman nama calon #BN live di FB #UMNO Online.

“Sabtu 6 November 2021, jam 10 pagi. Terima kasih memberi sokongan dan mengikuti,” katanya menerusi Facebook.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi PRN Melaka pada 20 November manakala penamaan calon pada 8 November dan undi awal pada 16 November.

PRN Melaka diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Oktober lepas susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Terdahulu, media melaporkan, Pakatan Harapan (PH) dijangka akan mengumumkan calon parti gabungan itu bagi menghadapi PRN Melaka esok.

Pengumuman calon itu akan dibuat Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, lokasi dan waktu pengumuman masih dibincangkan antara PKR, Amanah dan DAP. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here