Deepavali disambut penuh harmoni – PM

0
1

“KESATUAN dalam perbezaan, itulah kehebatan sebenar Keluarga Malaysia,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menggambarkan keharmonian yang dimiliki negara yang sukar dilihat di negara lain terutama dalam meraikan sesuatu perayaan.

Menurutnya, suasana harmoni itu dapat dilihatnya dalam sambutan Deepavali yang diraikan rakyat berbilang bangsa di negara ini.

“Berkunjung ke rumah Tan Sri Vigneswaran, Mantan Speaker Dewan Negara, sempena Deepavali ini.

“Seronok melihat tetamu-tetamu yang berbilang bangsa sama-sama meraikan perayaan ini dengan penuh harmoni.

“Mungkin di negara lain suasana seperti ini sukar dilihat. Namun, ini adalah perkara biasa di Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau turut berkongsi gambar kunjungannya yang disertai beberapa menteri dan rakan pemimpin lain yang turut hadir.

Pemimpin lain yang hadir adalah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan; serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Turut serta Menteri Perpaduan Nasional, Datuk Halimah Sadique; Penasihat Khas Perdana Menteri Hal Ehwal Undang-Undang dan Hak Asasi, Datuk Seri Azalina Othman Said dan beberapa pemimpin lain. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here