Ketua Menteri Sarawak, isteri beri penghormatan akhir kepada mendiang Masing

0
1

Beliau hadir ditemani isteri, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang tiba di Dewan Persatuan Gereja Sarawak, Jalan Stampin pada jam 8.59 pagi.

Turut mengiringi Abang Johari, menteri-menteri Kabinet, Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, lapor AstroAwani.

Antara pemimpin negeri yang hadir termasuk Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pelancongan Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Joseph Salang Gandum.

Terdahulu, jasad mendiang Tan Sri James Jemut Masing dibawa ke Dewan Utama Persatuan Gereja-Gereja Sarawak di Jalan Stampin Kuching sekitar jam 6.55 pagi hari ini.

Majlis penghormatan akhir berlangsung pada jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi untuk orang kenamaan manakala bagi orang awam bermula pada pukul 10.30 pagi hingga 1.30 petang.

Justeru, hanya 30 orang awam dibenarkan untuk memberi penghormatan dalam satu-satu masa dan dihadkan kepada lima minit seorang.

Jasad mendiang kemudiannya akan dibawa ke Nirvana Memorial Park di Jalan Siniawan Bau selepas selesai upacara penghormatan akhir sekitar jam 2 petang.

Mendiang Masing dilaporkan meninggal dunia pada Ahad selepas mengalami komplikasi setelah disahkan positif Covid-19 sebelum itu.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi di Normah Sarawak Medical Centre, Kuching. – Malaysiapost

Kredit foto : Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here