Karya NFT Sang Saka #001 terjual dengan nilai RM45,920

0
1

KARYA dalam bentuk token non-fungible (NFT) yang dinamakan ‘Sang Saka #001’ berjaya dijual dengan nilai 20BNB di platform Pentas.io, hari ini.

Pada kadar tukaran semasa, 1BNB adalah RM2,296, menjadikan karya berkenaan terjual dengan harga RM45,920.

Jualan itu dimaklumkan dalam satu ciapan di laman Twitter Pentas NFT Observer, hari ini.

Penjualan siri maskot konfederasi bernama ‘Sang Saka’ yang dicipta pada 2014 itu, mencatatkan sejarah tersendiri di platform berkenaan dengan nilaian tinggi.

Pentas.io merupakan salah satu platform tempatan yang memfokuskan kepada jual beli karya NFT.

Sebagai rekod, NFT adalah sijil digital unik untuk pemilik foto, video, karya seni atau sebarang bentuk media dalam talian.

Jualan itu dilihat menjadi penanda aras baru pada Pentas.io, dan secara tidak langsung akan meningkatkan lagi nilai karya NFT tempatan dengan penyertaan pembeli-pembeli dengan nilai tinggi.

Selain Sang Saka, terdapat sejumlah karya menarik yang diterbitkan setiap hari melalui platform berkenaan. – Malaysiapost

Kredit Foto: Twitter/@KonfederasiMY

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here