MALAYSIA merekodkan 70 kes kematian baharu akibat Covid-19 setakat tengah malam tadi.
Jumlah itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian adalah 29,045 sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, sejumlah 15 daripada 70 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Sementara itu, terdapat 66,862 kes aktif Covid-19 di seluruh negara yang mana 51,472 individu atau 77 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Setakat tengah malam tadi, seramai 8,988 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan CovidD-19 (PKRC).
Sebanyak 5,845 kes dirawat di hospital dan 557 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 257 pesakit tidak memerlukan bantuan pernafasan dan 300 lagi memerlukan mesin ventilator. – Malaysiapost

