ENAM penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dipenjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan menyebabkan kecederaan tanpa niat membunuh terhadap Pegawai Kadet Laut universiti itu, Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Enam tertuduh berusia 25 tahun itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Mereka yang sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori, disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan.
Sementara itu, 12 lagi penuntut UPNM dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana cederakan Zulfarhan Osman Zulkarnain.
12 tertuduh itu ialah Mohd Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri Agus, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Adi Sany dan Mohamad Syazwan Musa.
Kesemua 18 tertuduh didakwa mengikut Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda. – Malaysiapost

