Terperangkap banjir kilat, 14 murid berjaya dipindahkan

0
1

SERAMAI 14 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Serdang, Selangor berjaya dikeluarkan, manakala pemindahan 18 guru sedang dijalankan selepas mereka terperangkap di persekitaran sekolah susulan banjir kilat akibat hujan lebat petang tadi.

Pasukan penyelamat menerima maklumat mengenai situasi murid dan guru itu pada jam 7.45 malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, anggotanya mendukung murid-murid terbabit ke tempat selamat selepas kawasan sekolah dinaiki air.

“Anggota terpaksa mendukung semua murid selepas lori yang digunakan untuk memindahkan mereka terperangkap dalam kesesakan jalan raya akibat laluan dinaiki air.

“Sebaik diselamatkan, mereka diserahkan kepada ibu bapa masing-masing.

“Kerja memindah keluar 18 guru sedang dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan banjir kilat di kawasan itu sudah mulai surut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here