Anak Najib selamat bersalin bayi lelaki

0
2

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkongsi berita gembira menerima kehadiran ‘cucu baharu’ hari ini.

Najib menerusi hantaran di Facebook, berkata perasaannya berdebar pagi ini ketika membuat semakan terakhir bagi perbahasan Bajet 2021 kerana menunggu berita anak perempuannya yang sedang melahirkan.

“Berdebar hati saya pagi ini ketika membuat semakan akhir untuk perbahasan Bajet 2022 saya petang nanti. Tunggu mesej tak masuk-masuk.

“Alhamdulillah. Anak perempuan saya selamat melahirkan seorang anak lelaki. Dapat seorang lagi cucu. Baru terima gambar,” katanya.

Sebelum ini, permohonan Ahli Parlimen Pekan itu dibenarkan mendapatkan semula pasportnya untuk kegunaan sementara bagi melawat anak perempuannya yang akan melahirkan anak kedua.

Kebenaran tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan pada 18 Oktober lalu,

Bagaimanapun, beliau dilaporkan menangguhkan perjalanan ke Singapura bagi membantu jentera parti Umno pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan berlangsung 20 November depan.

Sehubungan itu, beliau memohon untuk meminda tarikh bagi pelepasan dan pemulangan pasportnya kepada mahkamah daripada 20 Oktober hingga 22 November kepada 25 Oktober hingga 6 Disember ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here