Ahmad Idham, Eizlan sertai Kementerian Luar

0
1

BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri dilantik sebagai Setiausaha Kebudayaan, Kementerian Luar Negeri berkuatkuasa, hari ini.

Selain Ahmad Idham, penerbit dan pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof pula dilantik sebagai Perunding Kreatif.

Pengumuman mengenai lantikan itu dibuat Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah menerusi kenyataan media, hari ini.

“Ahmad Idham mempunyai pengalaman luas dalam industri kreatif Malaysia selama lebih 25 tahun, termasuk anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada tahun 2018.

“Sementara, Eizlan pula merupakan seorang yang tidak asing dalam industri ini dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Saifuddin berkata, pelantikan mereka di bawah Pejabat Menteri itu adalah selaras dengan objektif membangunkan Diplomasi Budaya Malaysia di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia.

“Ia bertujuan untuk mewujudkan kaedah baharu bagi mempamerkan identiti dan nilai kebangsaan kita, di samping memaparkan nilai-nilai kepelbagaian dan kepelbagaian budaya serta menggalakkan promosi dan pertukaran budaya.

“(Selain) bagi mempromosikan Diplomasi Budaya, Jawatankuasa Seni dan Budaya (ARCA) akan ditubuh di bawah Pejabat Menteri untuk mengukuhkan usaha dalam meletakkan seni Malaysia sebagai saluran berkesan dalam mempromosikan warisan sejarah dan budaya negara,” katanya.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, beliau yakin bahawa Ahmad Idham dan Eizlan akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan jaya dan dedikasi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here