PRN Melaka: Srikandi Bersatu kemuka 6 calon tempatan – Rina

0
1

SRIKANDI Bersatu mengemukakan enam calon tempatan yang berpotensi untuk diketengahkan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ketuanya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, senarai calon itu sudah dihantar kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk pertimbangan.

“Belum ada pengumuman, tapi Srikandi telah hantar enam nama dan kami berharap mereka diberikan peluang untuk menjadi calon dan diyakini mampu berkhidmat kepada rakyat negeri Melaka.

“Semuanya adalah muka baharu sebab di Melaka tidak ada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Srikandi. Calon tempatan, dikenali ramai dan mampu menang,” katanya memetik Utusan Online.

Sebelum ini, Muhyiddin berkata, gabungan itu akan meletakkan calon di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Keputusan ini dibuat kerana rundingan dengan Umno-Barisan Nasional (BN) gagal mencapai kata sepakat.

Mengulas jumlah calon wanita bagi PN, Rina berkata, perkara itu telah diserahkan kepada Muhyiddin, namun jumlahnya masih belum diputuskan.

“Kita juga ada hantar nama-nama daripada PN dan kita harap akan dapat sokongan daripada semua supaya ramai lagi wakil rakyat wanita diberikan peluang dan saya yakin jika mereka diberikan peluang akan dapat menjalankan tugas dengan baik,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here