24.41 juta rakyat Malaysia telah lengkap vaksinasi

0
1
Belanjawan 2022 (Budget 2022)

SERAMAI 24.41 juta daripada 32 juta penduduk Malaysia sudah lengkap vaksin Covid-19, iaitu 74.8 peratus.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, sehingga semalam, 95.5 peratus atau 22.34 juta golongan dewasa lengkap menerima dua dos, manakala 97.7 peratus atau 22.86 juta menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Manakala, bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sejumlah 83 peratus atau lebih 2.6 juta menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, dan 65.5 peratus atau lebih 2 juta pula lengkap dua dos.

Menerusi data dipaparkan, setakat semalam, hanya sekitar 2.3 peratus daripada 23.4 juta penduduk dewasa masih belum divaksin, dan sejumlah 17 peratus daripada 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun belum divaksin.

Sementara, hanya dua negeri masih mencatat jumlah penduduk dewasa lengkap divaksin di bawah 80 peratus, iaitu Kelantan (78.9 peratus) dan Sabah (73.1 peratus), manakala lapan negeri dan wilayah sudah melepasi 90 peratus. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here