Muafakat bukan sekadar pembahagian kerusi pilihan raya – Tun Ibrahim

0
1
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=411205027043466&set=pb.100044619150875.-2207520000..&type=3

PAS mengingatkan Umno bahawa tiada ‘perlawanan persahabatan’ dalam politik dan agenda muafakat yang dibentuk adalah lebih besar daripada agenda politik.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menegaskan muafakat antara kedua-dua parti berkenaan bukan hanya kerangka parti politik dalam pilihan raya.

Beliau memberi contoh situasi yang berlaku di Terengganu sebelum ini dimana beberapa prmimpin Umno Negeri berkenaan mengisytiharkan untuk melawan PAS walaupun dalam keadaan Muafakat Nasional (MN) masih kukuh ketika itu.

“Bila saya bicarakan dengan rakan-rakan daripada Umno kritikan PAS terhadap tindakan beberapa prmimpin Umno di Terengganu itu, dan saya katakan kalau kita nak bergabung atau berkawan biar sepenuhnya.

“Dia (Umno) kata itu kita boleh anggap sebagai perlawanan persahabatan, tetapi saya beritahu tiada perlawanan persahabatan dalam politik.

“Dan kita tegas bahawa muafakat kita jauh lebih besar bukan hanya kerangka parti politik dalam pilihan raya,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS kali ke-62 di Negeri Sembilan, hari ini.

Menurutnya, agenda MN adalah menyatukan umat dan bukan hanya pembahagian kerusi pilihan raya, tetapi bagaimana untuk menyelamatkan negara dan dunia daripada kemurkaan Allah SWT.

Sementara itu, beliau berkata ada yang menganggap penyatuan atau pengukuhan antara parti-parti politik sebagai parti itu lemah hingga terpaksa bergantung kepada parti lain.

“Saya nak tegaskan bahawa penyatuan yang ada bukan gambaran kelemahan sesuatu parti politik, tetapi gagasan muafakat itu ialah gagasan yang Allah kehendaki,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Tuan Ibrahim

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here