SU Agung BN: Kapasiti kehadiran 50 peratus keluasan dewan, patuh SOP

0
1
jentera BN PRN Melaka

PEMILIHAN Pusat Dagangan Dunia Putra sebagai lokasi majlis jentera Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dibuat kerana Kuala Lumpur sudah memasuki fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri Fasa 4 PPN membenarkan perhimpunan diadakan dengan kapasiti kehadiran 50 peratus daripada keluasan dewan tersebut.

“BN menghormati arahan Menteri Kesihatan untuk tidak mengadakan sebarang perhimpunan yang berkaitan dengan pilihan raya.

“Bagaimanapun pada hemat BN arahan tersebut berkaitan perhimpunan di Melaka. Maka pelancaran jentera BN yang sepatutnya di Melaka dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur pada 27 Oktober,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zambry berkata, untuk maklumat kehadiran jemputan dalam majlis pelancaran di Dewan Tun Hussien dan Tun Ismail WTCKL semalam telah mengambil kira panduan SOP berkenaan dengan kapasiti.

Namun, katanya, pergerakan di luar dewan yang ramai adalah di luar bidang kawalan pihak penganjur.

“Bagaimanapun sebagai parti patuh kepada prinsip undnag-undang maka Barisan Nasional akan membayar kompaun berkenaan,”katanya.

Terdahulu, BN dikompaun RM10,000 kerana melanggar SOP bagi mencegah penularan wabak Covid-19.

Kompaun tersebut dikeluarkan Pejabat Kesihatan Kepong mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ia susulan kegagalan BN memastikan penjarakan fizikal ketika majlis pelancaran jentera bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Dewan Tun Hussein Onn dan Dewan Tun Dr Ismail, di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here