94.9% populasi dewasa lengkap vaksin

0
1
Petugas KKM menunjuk cara menyuntik jarum ke botol vaksin AstraZaneca di PWTC.

PERATUSAN vaksinasi populasi dewasa di Malaysia sehingga semalam mencecah 94.9 peratus membabitkan 22.21 juta individu yang lengkap vaksinasi.

Mengikut perincian dikongsi menerusi portal CovidNow hari ini, sebanyak 97.6 peratus atau 22.83 juta individu daripada populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Seramai 24,165,940 juta individu atau 74 peratus daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Manakala sebanyak 77.9 peratus atau 25,431,328 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, seramai 1.95 juta atau 62 peratus daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin setakat semalam.

Sebanyak 147,242 dos suntikan vaksin turut diberikan semalam melibatkan 18,493 dos pertama,123,182 dos kedua dan 5,567 dos penggalak menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 49,581, 588 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here