43 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM235,000

0
1

SERAMAI 43 individu dikenakan kompaun RM 235,000 dalam serbuan di sebuah premis pusat hiburan di bandar raya Kuala Lumpur, tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob, berkata dalam serbuan itu juga kompaun berjumlah RM25,000 dikeluarkan kepada pemilik premis.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pelan Pemulihan Negara iaitu melakukan aktiviti terlarang dalam pub dan kelab malam semasa tempoh Fasa 4 bagi Kuala Lumpur.

“Seramai 27 lelaki dan 16 wanita yang berada di premis pusat hiburan tersebut ketika serbuan dibuat.

“Dalam serbuan sama juga, seramai 43 orang pengunjung telah disaring ujian air kencing dan hasil keputusan kesemuanya adalah negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata, dalam serbuan itu polis berjaya merampas pelbagai jenis Liquor sebanyak (441) botol bernilai RM220,500 atas kesalahan di bawah Seksyen 76 Akta Eksais 1967 serta rampasan boleh dilucuthak di bawah Akta Kastam 1967.

“Operasi ini akan dipertingkatkan lagi dari semasa ke semasa dalam merealisasikan usaha kerajaan menghentikan penularan Wabak Covid-19 di negara kita,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here