PAS sambut baik konsep Keluarga Malaysia

0
1

PAS menyambut baik konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk diterapkan dalam pentadbiran kerajaan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata konsep tersebut berteraskan nilai keterangkuman dan kebersamaan, seterusnya menjadi intipati utama pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Belanjawan 2021.

“PAS menerima realiti kemajmukan kaum dan agama di Malaysia dengan memperkenalkan konsep adil untuk semua.

“Tiada paksaan dalam beragama dan wajib bertolong-tolongan antara satu sama lain, di atas konsep perpaduan umat manusia yang merupakan satu keluarga besar walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Abdul Hadi berkata PAS melalui pentadbiran di Kelantan, Terengganu dan Kedah telah membuktikan keadilan kepada semua direalisasikan melalui hak beragama, bermasyarakat dan berkebajikan yang dipelihara kerajaan di bawah kepimpinan Islam.

“Justeru PAS menerima konsep Keluarga Malaysia yang dipimpin oleh Islam bagi menjamin kestabilan negara, seterusnya mengajak semua pihak untuk menjayakan hasrat murni ini demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Hishammuddin Hussein

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here