Pegawai bank ditahan kerana pecah amanah

0
1
grafik

SEORANG pegawai bank ditahan selepas dipercayai terbabit kesalahan pecah amanah jenayah dengan menggunakan wang simpanan tetap pelanggan bagi membeli jongkong emas untuk dirinya sendiri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Mohd Kamarudin Md Din, berkata pegawai bank berkenaan ditahan susulan pihaknya menerima tujuh laporan polis berkaitan kes pecah amanah terbabit.

Menurutnya, suspek menyandang jawatan Pengurus Perhubungan Pelanggan di sebuah bank ditahan pada 21 September lalu serta sudah didakwa di mahkamah pada 27 September lalu.

Beliau berkata, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertubuhan mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan serta dibenarkan jamin sebanyak RM30,000.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati suspek menggunakan wang simpanan tetap mangsa bagi membeli tujuh jongkong emas untuk dirinya sendiri.

“Enam lagi laporan polis Masih dalam siasatan dan polis percaya masih ramai lagi mangsa telah mengalami kerugian akibat perbuatan suspek namun belum membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Justeru itu, beliau menasihatkan agar mangsa-mangsa yang terbabit untuk tampil membuat laporan polis di mana-mana balai polis berhampiran untuk siasatan lanjut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here