Ezlynn cari ‘madu’, mahu cukupkan suami ada empat isteri

0
1

PENYANYI dan pelakon Ezlynn yang baru menamatkan zaman solonya pada September lalu, kini tampil mencari ‘isteri baru’ untuk suaminya.

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, 40, yang mendirikan rumah tangga dengan penderma hati pertama negara, Wan Mohd Hafizan Wan Ismail, menjelaskan hasrat itu kerana terlalu mencintai suami selain mahu mencari saham akhirat.

“Dalam Islam pun membolehkan lelaki berkahwin empat. Saya nak cukupkan suami saya ada empat isteri. Kalau ada yang sanggup bermadu dengan saya, terus mesej di Instagram,” katanya.

Pelantun lagu Hi Bye Bye itu juga mendedahkan selepas menyatakan hasrat ingin mencari ‘madu’ untuk suaminya, sudah ada beberapa wanita yang bersetuju.

Ezlynn dan Wan Mohd Hafizam mendirikan rumah tangga pada 11 September lalu selepas berkenalan dalam satu program amal anjuran sebuah badan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur pada tahun lalu.

Sebelum ini, Ezlynn pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin pada 20 November 2011.

Mereka bagaimanapun bercerai pada Oktober 2017 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Wan Mohd Hafizam pula dikatakan memiliki tiga anak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here