‘Ramai ahli politik sakit dan obes, jadi pakai pelitup muka’ – KJ

0
1
khairy jamaluddin kj

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin sekali lagi meminta rakyat Malaysia, terutama ahli politik untuk terus memakai pelitup muka di tempat awam.

Gesaan itu disuarakan sekali lagi oleh Ahli Parlimen Rembau itu menerusi hantaran di InstaStorynya, selepas mendapati ramai yang leka terutama di kalangan ahli politik

“Semakin ramai rakan setugas saya dilihat dalam gambar bermesyuarat tanpa memakai pelitup muka.

“Ramai ahli politik menghidapi kencing manis, hipertensi, dan mungkin obes.

“Kalau anda dijangkiti Covid-19, walaupun sudah divaksin, ia tak akan menjadi pengalaman yang menyenangkan,” katanya.

Dalam pada iti, Khairy juga memberi amaran bahawa United Kingdom (UK) kini menghadapi gelombang baru jangkitan Covid-19 meskipun mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi.

“(Ini sebahagiannya) disebabkan sikap keras kepala mereka yang tak mahu memakai pelitup muka.

“Jangan jadi macam UK. Pakai sajalah pelitup muka itu,” katanya.

Semalam, Khairy mengingatkan agar orang ramai mengenakan semula pelitup muka selepas selesai makan di restoran.

Menerusi ciapan di Twitternyanya, Khairy memaklumkan, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Putrajaya mendapati keadaan tersebut banyak berlaku ketika ini selepas kebenaran ‘dine in’ dibenarkan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here