Kes kematian Covid-19 meningkat 3 hari berturut-turut

0
1

SEBANYAK 96 kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam.

Berdasarkan perincian dikeluarkan GitHub, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan angka korban akibat pandemik itu telah meningkat untuk tiga hari berturut-turut.

Daripada jumlah itu, sebanyak 21 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID), menjadikan keseluruhan angka korban kini mencecah 28,234.

Sarawak mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 21 diikuti Sabah (16), Perak (14), Kelantan (13), Selangor (12), Johor (lapan), Pulau Pinang (enam), Pahang dan Terengganu (masing-masing dua) serta Kedah dan Perlis (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Setakat jam 12 tengah malam tadi, sebanyak 89,337 kes aktif direkodkan termasuk 666 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 306 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala, jumlah pesakit sembuh semalam ialah 7,562 kes.

Setakat semalam, kes Covid-19 direkodkan di Malaysia telah mencecah 2,413,592. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here