Tiada rancangan buat semula sekatan rentas negeri – KJ

0
1

Nurul Huda Abhar

KERAJAAN tidak merancang untuk mengadakan semula sekatan rentas negeri dalam waktu terdekat, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, kerajaan baru sahaja membenarkan pergerakan rentas negeri setelah populasi dewasa di negara ini mencapai sasaran kadar vaksinasi dan tidak merancang untuk menariknya semula.

“Ini sebahagian daripada yang dikatakan kita terpaksa hidup dengan virus Covid-19 ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mengulas mengenai trend kemasukan pesakit ke hospital yang meningkat sejak rentas negeri dibenarkan, Khairy menegaskan tugas Kementerian Kesihatan (KKM) adalah memberi amaran awal kepada orang ramai perkembangan terkini berkaitan virus Covid-19.

Khairy berkata, kementeriannya mengambil langkah berwaspada walaupun ketika ini sistem kesihatan awam negara masih dalam kapasiti mencukupi.

“Cuma kita beri amaran awal kerana ini tugas KKM. Jika kita beri amaran ketika sistem kesihatan sudah hampir lumpuh, ia telah terlambat.

“Sebelum sistem kesihatan awam tertekan, walaupun kapasiti sistem kini mencukupi, kita tidak mahu sampai ia tertekan dan lumpuh.

“Faham-fahmlah jika kita mahu hidup dengan virus kita kena usaha kuat,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Khairy Jamaluddin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here