‘Gurauan lucah bukan sesuatu melucukan’ – Pandelela

0
1
https://www.facebook.com/photo/?fbid=376328333841869&set=p.376328333841869

RATU terjun negara, Datuk Pandelela Rinong menegaskan gurauan atau lawak berunsur lucah bukan sesuatu yang melucukan atau boleh dipandang enteng, kerana berisiko menjurus kepada kes rogol atau gangguan seksual.

Pandelela berkata, dia juga pernah mengalami sendiri gurauan seperti itu oleh seorang jurulatih, namun disebabkan perasaan takut atlet itu hanya mendiamkan diri atau pura-pura ketawa ketika dalam situasi tersebut.

Bagaimanapun, katanya, tidak tahan dengan gurauan lucah itu, dia akhirnya menegur perbuatan jurulatih itu tetapi akhirnya dirinya pula dibuli.

“Dulu saya ada seorang jurulatih ni suka buat lawak lucah, saya buat diam je tak pun ‘fake laugh’ sebab takut dia. Pernah sekali tak tahan saya tegur dia, tapi kena buli balik. tujuh tahun kemudian dia buat kes rogol. #rapejokeisnotfunny,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Menurut pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu, meskipun aduan dilakukan oleh atlet, namun ia tidak memberi kesan kepada jurulatih berkenaan kerana lelaki itu dilindungi, maka perbuatan tersebut berlanjutan selama tujuh tahun.

“Tapi paling sedih dalam tujuh tahun tu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa, sebab backup besar dia adalah head coach kami sendiri,” katanya.

Justeru, beliau berkata, pengajaran yang boleh diambil daripada kisahnya itu adalah, perlukan seseorang pemimpin yang boleh membetulkan perkara yang salah, bukannya menutup mata kepada kejahatan atau jenayah.

“Mereka yang dianiaya mesti bersuara! Suara kecil tetap penting sekiranya kita bersatu.

“Bagaimanapun kami sangat bertuah kerana dilindungi dengan selamat oleh persatuan sukan, yang menjaga kami,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, turut respon terhadap ciapan Pandelela berkaitan isu terbabit.

Beliau berkata, perkara itu sering dibangkitkan namun ada pihak yang menghalang dan mengkritik tindakannya.

Namun, tegas Khairy, keputusan beliau tetap sama mengenai isu gurauan tersebut.

“Terima kasih kerana bersuara, Lela. Masih ada wartawan sukan yang mengkritik keputusan yang kami buat untuk menggegarkan isu itu berdasarkan tuduhan ini beberapa tahun yang lalu. Saya akan membuat keputusan yang sama setiap masa,” katanya. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook/Pandelela Rinong

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here