Isteri Shah Rukh Khan larang juadah manisan hingga Aryan bebas

0
1

ISTERI aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan, Gauri Khan mengarahkan dengan tegas tukang masaknya untuk tidak memasak sebarang juadah manisan sehingga anak mereka Aryan Khan dibebaskan daripada penjara Arthur Road, Mumbai.

Menurut India Today, larangan itu diberikan selepas dia mendapati seorang tukang masaknya sedang memasak kheer, iaitu sejenis puding manis popular di negara itu untuk makan tengah hari.

“Gauri segera menghentikannya dan mengarahkan kakitangan bahawa tidak akan ada manisan yang dimasak di dapur itu sehingga anaknya Aryan keluar.

“Seperti mana-mana ibu, Gauri juga sangat terganggu dan kesal dengan penahanan Aryan,” kata satu sumber dalaman, lapor India Today.

Sesi pendengaran untuk mendapatkan jaminan bagi kes dadah Aryan akan didengar oleh mahkamah hari ini.

Justeru, Shah Rukh Khan dan Gauri turut berharap anaknya dapat dibebaskan dan kembali bersama keluarga sebelum sambutan Deepavali yang bakal menjelang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here