‘Apa bodohlah mak bapak macam ini’ – Netizen

0
1

TINDAKAN seorang penunggang basikal yang dikatakan membawa anak menggunakan beca khas yang bersambung dengan basikal dikayuhnya mengundang kecaman pengguna jalan raya yang menganggap perbuatan itu berbahaya.

Aksi berbahaya dirakam seorang pengguna jalan raya dan video berkenaan kemudian tular di media sosial.

Dalam video berdurasi 44 saat yang dipercayai dirakam di Pusat Bandar Kuala Lumpur, menunjukkan sebuah basikal dengan beca khas yang dikayuh seorang lelaki di laluan jalan raya yang agak sibuk.

Video berkenaan turut merakam seorang wanita dipercayai isteri lelaki terbabit yang mengayuh sebuah lagi basikal di belakang.

“Assalamualaikum…kita nak cakap sedikit pada peminat-peminat basikal terutama ibu bapa. Kalau minat main basikal…jangan jadi bodoh..ini town bukan taman.

“Usung anak..memanglah kemudahan macam ini ada, tapi janganlah sampai bawa anak dalam town. Kau tak kesian kat anak ker?

“Apa-apa jadi, kalau kereta atau motosikal terbabas libas anak korang…apa bodohlah mak bapak macam ini, memang menyusahkan orang,” kata pengguna jalan raya terbabit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here