SPR nafi vaksinasi lengkap syarat mengundi PRN Melaka

0
1
grafik

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menafikan meletakkan syarat vaksinasi lengkap untuk pemilih mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata syarat yang dinafikan pihaknya itu telah dilaporkan oleh beberapa agensi media hari ini.

“SPR juga ingin menegaskan Garis Panduan Pencegahan Covid-19 bagi tujuan PRN Melaka masih belum dimuktamadkan.

“Prosedur operasi standard (SOP) ini akan berpandukan kepada pandangan dan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here