Idris, tiga bekas Adun Melaka jumpa Anwar malam ini

0
1
MELAKA, 17 April -- Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka Datuk Seri Idris ketika ditemui Bernama di Seri Bendahara, Ayer Keroh hari ini. Idris berkata fitnah yang dilemparkan pembangkang terhadap BN merupakan cabaran utama buat BN Melaka dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

EMPAT Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Melaka yang bertindak menarik sokongan terhadap Ketua Menterinya, Datuk Sulaiman Md Ali dilihat menghadiri perjumpaan dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di Melaka, malam ini.

Anwar telah mengadakan pertemuan dengan ahli PKR dalam merangka strategi Pakatan Harapan (PH) untuk menawan Melaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 November ini.

Kehadiran keempat-empat mereka iaitu Adun Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; Adun Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan; Adun Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Adun Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka akan menyertai PH.

Anwar yang tiba jam 8.15 malam diiringi Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari dan Naib Presiden PKR, Tian Chua, lapor Malaysiagazette.

Manakala keempat-empat ADUN itu tiba selang 15 minit kemudian.

Sementara itu, Adly pada petang tadi berkata, PH Melaka sudah mempunyai bayangan barisan calon untuk menghadapi PRN nanti.

Adly berkata, pada awalnya persiapan berkenaan adalah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) namun pihaknya akan menggunakan persiapan tersebut bagi menghadapi PRN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini telah menetapkan penamaan calon PRN Melaka pada 8 November dan undi awal diadakan pada 16 November depan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here