Geng H muncul kembali, pandu secara bahaya

0
1

KUMPULAN samseng jalan raya digelar ‘Geng H’ membabitkan pemandu dan pemilik kereta jenis Honda yang dikatakan memandu secara berbahaya hingga boleh mengundang kecelakaan kepada pengguna jalan raya lain.

Sebuah klip video tular di media sosial yang memaparkan Geng H ‘bermaharaja lela’ di jalan raya yang difahamkan berlaku di Batang Kali, Selangor.

Video berdurasi selama 15 saat itu memaparkan aksi pemanduan berbahaya secara konvoi kumpulan kenderaan berkenaan.

Mereka dilihat seolah-olah lupa diri dan memandu tidak mengikut peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Antara aksi yang dikesan dalam video berkenaan adalah memotong secara bahaya dan menunjukkan skil pemanduan ala-ala pelumba di litar perlumbaan.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan perasaan kurang senang mereka terhadap cara pemanduan Geng H yang boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain.

“Jangan susahkan orang lain kalau kita nak bersuka ria bersama geng sekalipun,” luah Mohd Zainal.

“Kalau ada otak dia tak buat macam ni, buat malu jenama Honda saja. Memang kalau pakai kereta Honda kena pakai ekzos perang dan drive macam ni ke,” jelas Jali Advantage.

“Tak kena tak apa, tapi kalau kena makan tak sudah ni. Banyak juga aku tengok budak-budak kereta tak kira jenama bawa macam ni,” kata Ayi Porshe.

Terdapat juga netizen berharap pihak berkuasa seperti polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memantau aktiviti pemanduan berkumpulan di jalan raya.

“Kalau memandu secara berhemah, orang tak marah pun. Ini tidak, macam dah lupa diri Geng H ni. Nyawa ni ada satu je, nyawa orang lain pun terancam sama,” kata Din Syawal.

“Harap JPJ buatlah pemantauan dekat jalan-jalan ‘hot spot’ macam Batang Kali ini. Kadang-kadang dekat lebuh raya terutamanya Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pun geng-geng ni bawa macam orang gila,” jelas Yuji Sasau. – Malaysiapost

Kedit foto: mytvviral.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here