‘Teruskan amalan pakai pelitup muka bertemu orang tersayang’ – Zahid

0
1

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati orang ramai yang pulang ke kampung halaman untuk terus mempraktikkan amalan pemakaian pelitup muka.

Beliau berkata, pemakaian pelitup muka bukan bermakna individu berkenaan bersikap tidak sopan terhadap ahli keluarga, sebaliknya sebagai tanda mengambil berat keselamatan orang tersayang.

“Pemakaian pelitup muka bukan bermakna tidak sopan kepada ahli keluarga yang sudah lama tidak bersua.

“Jangan pula berasa janggal dan berfikiran seolah-olah mereka mengesyaki kita mengalami jangkitan.

“Sedangkan itulah tanda kasih sayang antara kita mengambil berat tentang keselamatan insan tersayang,” katanya menerusi Facebook.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman pada cuti hujung minggu ini.

“Saya doakan keselamatan perjalanan anda semua agar telah selamat tiba ke destinasi masing-masing,” katanya menerusi Facebook.

Ahmad Zahid berkata, dalam kegembiraan bertemu orang tersayang di kampung halaman, semua pihak harus beringat risiko jangkitan Covid-19 yang masih ada dalam komuniti.

“Sentiasa amalkan langkah pencegahan dengan mematuhi segala SOP yang telah kita praktikkan selama ini.

“Elakkan tempat yang sesak dan padat serta melakukan ujian kendiri Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here