Tempat kerja terus penyumbang kluster terbanyak

0
1
Pekerja-pekerja akan memeriksa keadaan bunga-bunga untuk dipilih di kilang bunga kekwa Cameron Highland.

TEMPAT kerja terus menjadi penyumbang kluster terbesar dengan merekodkan enam daripada sembilan kluster Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tempat kerja melibatkan empat di Johor manakala Pulau Pinang dan Perak, masing-masing satu kluster.

“Kluster komuniti pula, satu di Kelantan dan satu di Negeri Sembilan manakala satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi di Perak.

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 676 kluster manakala 4,996 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 6,145 kes berbanding semalam dengan 7,509 kes.

Sementara itu, sebanyak 9,231 kes sembuh direkodkan manakala 350 daripada 682 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 6,145 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 142 kes (2.3 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya 6,003 kes (97.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Sementara itu, semalam Malaysia merekodkan 88 kes kematian sekali gus 
menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 27,858 kes kematian. 

Rekod terbabit setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman sesawang https://covidnow.moh.gov.my.

Sebanyak 26 daripada 88 kematian melibatkan kes yang dibawa ke hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 5,635 kes.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here