Lans Koperal maut disyaki tembak diri

0
1

SEORANG anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas disyaki menembak dirinya di tempat letak kenderaan di Jalan Abdullah, Muar, Johor hari ini.

Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 11.18 pagi dengan kesan tembakan pada leher di dalam kereta jenis Proton Preve miliknya.

Difahamkan, mangsa berusia 29 tahun itu bertindak membunuh diri kerana tertekan dengan masalah peribadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata sebelum kejadian mangsa dipercayai menghantar pesanan mesej ringkas melalui aplikasi WhatsApp, menyatakan ingin membunuh diri.

“Polis Ibu Pejabat Daerah Muar menerima satu maklumat pada jam 8.20 pagi berkaitan seorang anggota polis ingin membunuh diri melalui khidmat pesanan WhatsApp.

“Justeru, bertindak atas maklumat, satu operasi mengesan dan mencari mangsa dijalankan sebelum anggota terbabit ditemui di tempat letak kenderaan di pekan Muar dengan kesan tembakan pada leher,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menemuk sepucuk pistol jenis Revolver 38 berada bersama mayat mangsa dan punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan. – Malaysiapost

Kredit Foto: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here