‘The Big Lie’ punca kerajaan BN tumbang PRU14

0
2

VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, berkata rakyat di negara ini telah dihidangkan dengan ”The Big Lie” sehingga membawa perubahan kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, ternyata kesan daripada ”The Big Lie” itu menyebabkan Malaysia mundur kebelakang dan tertinggal dalam banyak bidang berbanding negara jiran.

“Pada PRU14, pengundi2 – muda dan tua – telah dihidangkan dengan ‘The Big Lie’ yang membawa kepada perubahan kerajaan.

“Kesan dari ‘The Big Lie’ ini, negara mundur ke belakang sehingga ketinggalan dalam berbagai bidang oleh negara-negara jiran,” tulisnya menerusi Facebook.

Justeru, Shahrir berkata, untuk merungkai ‘The Big Lie’ Umno harus berani bertanya soalan-soalan yang besar yang penting bagi masa depan rakyat dan negara.

“Serta perlu bersedia juga berdepan dengan jawapan-jawapannya,” katanya.

Terdahulu, Shahrir berkata demikian merujuk kepada hantaran Facebook Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berhubung kehendak pengundi muda.

Menerusi hantaran dengan bertajuk ‘The Big Questions: Apa Kata Anak Muda’, Asyraf Wajdi menyentuh isu pengundi muda.

Menurut Asyraf Wajdi, anak muda akan menjadi penentu kepada parti politik manakah yang memimpin negara pada PRU15 nanti.

Katanya, paling penting mereka tahu akan hakikat ini dan tidak teragak-agak memaksimakan peluang yang ada sebaik boleh.

“Mereka tidak mahu manifesto itu manifesto ini kerana mereka kini tahu itu bukan “Kitab Suci”.

“Mereka juga prihatin akan isu-isu yang berlegar di sekeliling hidup mereka dan percaya bahawa era “Government knows Best” sudah berakhir lama,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here