Rauf nafi pengaruhi keputusan Ketua Menteri dalam pentadbiran

0
2

PENGERUSI Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menafikan terlibat sebarang keputusan dalam pentadbiran kerajaan negeri seperti didakwa bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron.

Ab Rauf berkata, beliau tidak pernah mempengaruhi Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dalam membuat sesuatu keputusan pentadbiran negeri itu, dan sanggup bersumpah bagi menegakkan kebenaran, lapor Umno Online.

“Dia (Idris) menukar fakta bahawa masalah dalam Melaka adalah disebabkan saya dan ketua menteri.

“Saya hendak kata pada Idris mana-mana masjid dia boleh datang saya tunggu, kita bersumpah betul tak apa yang dia cakap saya kata pemutus dan membuat keputusan mesyuarat Exco kerajaan negeri.

“Saya tidak pernah pergi pejabat ketua menteri dan tidak pernah mempengaruhi Sulaiman untuk membuat keputusan, saya tahu garis sempadan antara parti dan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Pidato Peringkat Negeri Melaka yang turut dihadiri Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan dan Ketua Penerangan Umno Melaka, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Dalam pada itu, Ab Rauf menegaskan beliau akan berjuang sehabis mungkin untuk memastikan Umno terus mentadbir kerajaan Melaka.

Katanya, sejak kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, rakyat di negeri itu menderita di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Selagi hayat dikandung badan, selagi tangan saya boleh digunakan sebaiknya, bahu ini akan memikul tanggungjawab mengembalikan Umno menerujui Melaka,” katanya. – Malaysiapost

Foto kredit : Facebook Shahril Hamdan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here