PRN Melaka: Umno tunggu keputusan SPR

0
1
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

UMNO akan membuat pendirian mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Isnin depan.

Naib Presidennya Datuk Seri Khaled Nordin berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam tadi.

“MKT bincang pasal PRN Melaka, tunggu keputusan SPR,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri mesyuarat MKT malam tadi.

PRN Melaka perlu diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 pada 4 Oktober lalu selepas Datuk Seri Sulaiman Md Ali hilang majoriti sokongan sebagai Ketua Menteri.

Ia berikutan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ketika itu menarik balik sokongan kepada kepimpinan beliau, iaitu Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

SPR akan mengadakan mesyuarat khas Isnin ini bagi membincangkan urusan PRN Melaka antaranya tarikh writ pilihan raya, hari penamaan calon, hari pengundian dan daftar pemilih akan digunakan.-Malaysiapost.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here