’PH main isu GFI sejak tahun 2011′ – Najib

0
1
Najib Razak

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Pakatan Harapan (PH) sudah memainkan isu aliran keluar wang haram ‘Global Financial Integrity’ (GFI) berulang-ulang kali sejak tahun 2011.

Menurutnya, isu tersebut telah dijawab dan tiada kaitan secara langsung dengan Pandora Papers yang menyenaraikan individu-individu yang pernah memiliki syarikat pesisir.

Jelas beliau, laporan GFI itu lebih merujuk kepada aliran keluar wang yang berpunca dari aktiviti Trade Mispricing oleh syarikat multinasional (MNC) dan pengimport atau pengeksport untuk mengelak cukai Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, PH membisu ketika menjadi kerajaan.

“Seperti kes-kes Altantuya dan Teoh Beng Hock yang dimainkan mereka lebih 10 tahun tetapi mereka tidak pula siasat dan asyik membisu selepas menjadi kerajaan,

“Rakyat Malaysia juga perlu tanya ‘geng’ sana kenapa mereka turut membisu dan tidak buat apa-apa berhubung laporan GFI ini sepanjang masa mereka menjadi kerajaan walaupun GFI ini juga telah dimainkan mereka berulang kali sejak tahun 2011.

“Kenapa bila jadi kerajaan, dorang langsung tak berbunyi tentang isu GFI ini? Tanya mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Najib berkata, disebabkan itu beliau menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membahaskan isu Pandora Papers.

Ia kerana, katanya, beliau tidak mahu rakyat salah faham atau dikelirukan sehingga menjadi modal politik PH untuk mengenakan Barison Nasional (BN).

Sebelum ini media melaporkan usul Anwar membahaskan laporan Pandora Papers di Dewan Rakyat ditolak Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Menurut Azhar Azizan, usul tersebut boleh dirujuk dalam prosedur lain termasuk dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here