SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Teluk Intan, Perak sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes rasuah.
Lelaki tersebut, Davinder Singh a/l Gurchran Singh atau lebih dikenali sebagai Adam Davin, 33, pemegang kad pengenalan bernombor 880323-14-5107 dan mempunyai alamat terakhir di B-10-6 Shaftbury Residence Cyberjaya, Selangor.
Sehubungan itu, SPRM menerusi kenyataan meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut supaya menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Nor Azlan Shah Zubairi di talian 017-699 0552 / 05-623 1982 atau emel kepada [email protected]. – Malaysiapost

