Rozman sahkan MP yang akan didakwa esok

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634127830562","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"sources":[],"version":1}","premium_sources":[],"is_remix":false}

AHLI Parlimen Labuan, Rozman Isli mengesahkan beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Wakil rakyat dari parti Warisan itu menyifatkan kerajaan mahu mencalarkan reputasinya menjelang pilihan raya umum, lapor FMT. 

Rozman berkata, kerajaan cuba menuduhnya menyalahgunakan kuasa ketika menjadi ahli Lembaga Pelabuhan Labuan.

Katanya, tuduhan itu susulan kegagalan kerajaan memujuknya melompat parti meninggalkan Warisan.

“Ini bukan perkara baharu. Mereka mencubanya sejak 2020, tetapi saya tidak bimbang.

“Lagipun saya mahu memerangi kes salah guna kuasa dan rasuah. Jadi ini akan menjadi seperti ‘pengalaman langsung’ buat saya.

“Objektif pertama adalah untuk membuatkan saya menyertai mereka. Disebabkan itu gagal, cubaan kedua adalah untuk merosakkan reputasi saya sebelum pilihan raya umum akan datang,” katanya. 

Terdahulu dalam kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seorang Ahli Parlimen akan didakwa di mahkamah pada jam 9 pagi esok.

Bagaimanapun, SPRM tidak mendedahkan identiti Ahli Parlimen berkenaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here