‘Ramai susah, terdesak mulakan hidup pasca pandemik’ – Asyraf Wajdi

0
1

PEMUDA Umno tidak akan melayan pandangan sinis pihak tertentu yang memperlekehkan usaha sayap parti itu memperjuangkan suara hati rakyat termasuk tuntutan i-Citra.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pihaknya akan terus berjuang demi kelangsungan hidup rakyat yang terhimpit untuk memulakan hidup dalam pasca pandemik.

“Ada orang sinis dan tuduh Pemuda Umno tiada modal lain ke asyik perjuangkan isu i-citra dan #TuntutanRAKYAT?

“Saya jawab Pemuda Umno akan terus berjuang menyuarakan suara hati rakyat yang ramai susah dan terdesak untuk memulakan kehidupan pasca pandemik,” katanya menerusi Facebook.

Sebelum ini, Asyraf Wajdi berkata, pihaknya akan terus memperjuangkan sepuluh tuntutan rakyat tanpa mengira siapa yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

Beliau berkata, pergerakan itu tidak akan berdiam diri dan terus mendesak pimpinan kerajaan supaya tuntutan rakyat dapat dilaksanakan.

Katanya, pihaknya akan terus membuat tindakan susulan bagi mengikuti perkembangan dan ‘follow-through’ dengan Perdana Menteri dan kabinet sehingga semua tuntutan dipenuhi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here