Warga emas maut terjun tingkat 8

0
1
FOTO Hiasan

SEORANG lelaki warga emas ditemui maut selepas dipercayai terjun dari tingkat lapan sebuah bangunan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur hari ini. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, berkata Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi menerima panggilan mengenai kejadian tersebut jam 4.28 petang tadi. 

Menurutnya, Ketua Balai Polis Dang Wangi bersama pasukan telah ke tempat kejadian dan mendapati mangsa seorang adalah lelaki warga tempatan berusia 63 tahun dalam keadaan lengkap berpakaian. 

“Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada sebarang kecederaan berunsur jenayah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Noor Dellhan berkata, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang hadir ke lokasi kejadian. 

“Siasatan mendapati mangsa dipercayai terjun dari tingkat lapan sebuah bangunan berikutan terdapat sebuah kerusi di tingkat berkenaan. 

“Mayat warga emas itu kemudiannya dibawa ke Unit Forensik HKL bagi tujuan bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. – Malaysiapost

Gambar sekadar hiasan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here