Isu Pulau Batu Puteh : Apa muslihat Tun M? – Puad

0
1

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diminta memberi penjelasan berhubung isu Pulau Batu Puteh.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata Dr Mahathir perlu menjelaskan adakah wujud muslihat tertentu kerana mengalah mudah dengan Singapura berhubung isu tersebut.

Mohd Puad juga mempersoalkan adakah Ahli Parlimen Langkawi itu menyembunyikan rahsia tertentu disebabkan Singapura terkenal dengan maklumat luar pesisir.

“Kenapa rakyat mesti sokong Tun M (Mahathir) kena saman kerana batal semakan kehakiman isu Pulau Batu Puteh?

“Kita mahu tahu apa muslihat dia mengalah mudah dengan Singapura. Singapura lubuk maklumat offshore. Takut ada kowtim dan rahsia besar?,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi tujuan semakan semula undang-undang berkenaan isu Pulau Batu Puteh.

Katanya, pasukan petugas khas itu akan membuat kajian menyeluruh, meneliti dan mencadangkan pilihan bersesuaian, dengan mendapatkan pandangan daripada pakar undang-undang antarabangsa.

Ismail Sabri berkata, usaha itu bertujuan untuk menyemak semula undang-undang berkenaan permohonan semakan dan pentafsiran berkenaan kes Pulau Batu Puteh.

Pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr Mahathir menarik balik permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebelum kes itu dijadualkan didengar pada 11 Jun 2018. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here