LANGKAH menubuhkan pasukan petugas khas mengkaji pilihan sesuai berhubung kes Pulau Batu Putih wajar untuk merungkai persoalan tindakan kerajaan sebelum ini
tidak meneruskan tuntutan.
Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan itu juga berkemungkinan untuk mengambil tindakan terhadap pihak cuai berhubung isu berkenaan yang harus diambil kerana
tidak meneruskan permohonan semakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
“Sehingga hari ini rakyat masih tertanya-tanya mengapa kerajaan ’22 bulan’ tiba-tiba memutuskan untuk tidak meneruskan prosiding semakan di ICJ.
“Kronologi isu ini mudah sahaja untuk difahami. Benar ICJ pada tahun 2008 memutuskan bahawa Pulau Batu Putih adalah wilayah berdaulat Singapura.
“Namun pada 2017 Malaysia mempunyai bukti baharu untuk mendapatkan kedaulatan Pulau Batu Putih dan tarikh pendengaran untuk semakan ditetapkan pada Jun 2018,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Menurutnya, jelas sekali Malaysia mempunyai peluang mendapatkan kembali Pulau Batu Putih namun usaha itu ‘terbengkalai’ selepas pihak memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) memutuskan tidak meneruskan semakan.
“Andai siasatan pasukan petugas khas mendapati berlaku kecuaian yang berlaku sememangnya disengajakan, ia bukan sahaja suatu kekhilafan, malah suatu pengkhianatan kepada negara,” tegasnya. – Malaysiapost

