Kerajaan laksana insentif industri kenderaan elektrik untuk pengguna – Azmin

0
1
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1633959917726","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

KERAJAAN akan melaksanakan pelbagai insentif dalam menyokong industri kenderaan elektrik (EV) bukan saja kepada sektor perniagaan tetapi turut merangkumi segmen pengguna.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata industri EV bukan saja akan membuka peluang baru kepada negara meningkatkan pelaburan tetapi ia membawa kepada kelestarian persekitaran.

Beliau berkata, berdasarkan data dari tinjauan Rakuten Insight 2019, 65 peratus responden tertarik untuk pembelian kenderaan EV disebabkan rebat cukai dan subsidi yang diberikan kerajaan.

“56 peratus daripada 8,000 responden pula menyatakan pembelian akan dilaksanakan berdasarkan lokasi stesen pengecas yang berhampiran kediaman atau pejabat mereka.

“Namun lebih 86 peratus daripada responden memilih EV kerana sifatnya yang lestari dan mesra alam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Menurutnya, lebih banyak insentif dan langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan pada masa akan datang bagi memberikan ekosistem EV yang menyeluruh. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here