Ahli Parlimen boleh berbahas tanpa pelitup muka

0
1

[PARLIMEN] AHLI Parlimen kini diberi kelonggaran untuk membuka pelitup muka ketika berbahas.

Perkara itu dibenarkan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun susulan tiada seorang pun yang direkodkan bergejala Covid-19 sepanjang persidangan dijalankan.

“Sepanjang persidangan kita kali ini Alhamdulillah dengan ujian Antigen Tindak balas berangkai polimerase (PCR) dijalankan, tiada seorang pun didapati positif dari pekarangan Parlimen sepanjang persidangan ini.

“Berdasarkan penilaian risiko sebegitu, maka Kementerian Kesihatan (KKM) berpandangan pelitup muka ketika perbahasan dalam Dewan rakyat dibenarkan untuk dibuka.

“Tapi ahli Yang Berhormat diingatkan untuk memakai semula dengan kadar segera selepas setiap kali berucap,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Untuk rekod, semua Ahli Parlimen dan pegawai yang terlibat diwajibkan untuk membuat ujian pengesanan Covid-19 setiap Isnin dan Rabu di bangunan Parlimen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here