Tidak wujud ahli PAS pertikai kepimpinan presiden – Idris Ahmad

0
1

NAIB Presiden PAS, Senator Idris Ahmad mengakui wujud gerakan untuk memecah belahkan parti itu, namun dakwaan yang mempersoalkan kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya tidak wujud.

Katanya, penularan klip audio dipercayai milik salah seorang pemimpin PAS yang menyuarakan kebimbangan terhadap kepimpinan presiden adalah satu lagi serangan politik terbaharu musuh terhadap parti itu.

“Kalau nak video audio kita di YouTube jadi tinggi dan sebagainya, kena cari (isu) untuk serang PAS. Orang memang nak cari (isu) sangat berkenaan dengan Pas, lepas itu orang nak berniaga dan sebagainya, itu lumrah biasa kepada kami.

“Dalam konteks setakat hari ini, orang buat gerakan untuk memecah belahkan kami ini, masih lagi kami macam biasa.

“Alhamdulillah, kami mesyuarat macam biasa, seminggu dua kali dalam keadaan macam biasa, tiada unsur-unsur seperti itu (persoal Abdul Hadi),” katanya seperti dilapor MalaysiaGazette.

Semalam, portal Malaysiakini melaporkan audio yang tular di media sosial Jumaat lalu yang berdurasi satu minit 52 saat didedahkan seorang pemilik akaun Facebook.

Akaun media sosial itu mendakwa pemimpin PAS berkenaan sebagai “Dr T” yang dikaitkan dengan seorang ahli jawatankuasa pusat parti itu.

Menurut rakaman audio berkenaan, Dr T berkata, Abdul Hadi percaya Perikatan Nasional (PN) lebih berpengaruh berbanding Barisan Nasional (BN). – Malaysiapos

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here