Timbalan Ketua Balai Polis meninggal dunia ketika solat Subuh

0
2

SEORANG Timbalan Ketua Balai Polis di daerah Hulu Selangor dilaporkan meninggal dunia semasa solat Subuh di sebuah surah di Batang Kali, Hulu Selangor, pagi tadi.

Difahamkan Allahyarham Sarjan Mejar Rosli Maskan, 56, yang bertugas di Balai Polis Goh Tong Jaya, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang mengimamkan solat fardu berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Arshad Kamaruddin, mengesahkan menngenai kejadian dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Sarjan Mejar Rosli Maskan yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini.

“Allahyarham yang bertugas sebagai Timbalan Ketua Polis Balai Gohtong Jaya meninggal dunia akibat serangan jantung ketika menunaikan solat subuh.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook IPD Hulu Selangor, hari ini.

Berita sedih itu turut dikongsi Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed dan menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham.

“Allahyarham berkhidmat di Balai Polis Gohtong Jaya, IPD Hulu Selangor sebagai Timbalan Ketua Polis Balai dan meninggal dunia pada usia 56 tahun serta berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 36 tahun.

“Allahyarham telah kembali ke rahmatullah di Surau Al-Muttaqim, Batang Kali pada jam 6.15 pagi tadi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama kalangan para syuhada. Al-Fatihah,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here