Kes baharu Covid-19 di Selangor kembali meningkat

0
1
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

JUMLAH kes baharu harian Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 9,751 kes menjadikan keseluruhan 2,323,478 kes direkodkan sejak wabak berkenaan melanda negara.

Berdasarkan data yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, di laman Facebooknya, hari Selangor kembali merekodkan kes baharu harian tertinggi iaitu Selangor 1,796 kes menjadikan 687,966 kes kumulatif.

Sarawak yang sebelum ini mencatatkan kes harian tertinggi menunjukkan penurunan dengan 1,339 kes baharu dilaporkan (222,381 kes kumulatif), diikuti Kelantan 1,052 kes (123,587 kes kumulatif) dan Johor 864 kes (203,796 kes kumulatif).

Sabah pula merekodkan 705 kes (204,193 kes kumulatif), manakala Terengganu 650 kes (61,034 kes kumulatif), Perak 643 kes (107,806 kes kumulatif), Pulau Pinang 632 kes (135,800 kes kumulatif) dan Kedah 578 kes (139,630 kes kumulatif).

Sementara itu, Pahang mencatatkan 551 kes baharu (69,526 kes kumulatif), diikuti Kuala Lumpur 313 kes (187,864 kes kumulatif), Melaka 244 kes (60,314 kes kumulatif) dan Negeri Sembilan 243 kes (98,687 kes kumulatif).

Perlis merekodkan 94 kes baharu (4,516 kes kumulatif), manakala Putarajaya sebanyak 45 kes (6,394 kes kumulatif) dan
Labuan hanya dua kes baharu dilaporkan (9,984 kes kumulatif). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here